There was an error in this gadget

Wednesday, 26 August 2015

The Art Talk @ MATRADE “Malaysian Art Going Global”, 1 September 2015 (Tuesday)





Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) in collaboration with Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) cordially invites you to the Art Talk @ MATRADE “Malaysian Art Going Global” to be held as follows:
Date : 1 September 2015 (Tuesday)
Time : 2.00 pm – 5.00 pm
Venue : 23rd Floor, Menara MATRADE (East Wing)
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
The Art Talk is aimed to increase the awareness on the development of art sector in Malaysia as well as the potentials to elevate the sector to global market. It also serves as an excellent platform for participants to listen to the experiences by prominent galleries which have been promoting Malaysian arts and artists in the international market.
Inconjunction with the Art Talk@MATRADE, there will also be a mini art showcase of new and emerging artists from Galeri Segaris and Galeri Chandan which are open from 1 -14 September 2015. All the artworks are available for sale.
Please RSVP by fill in the reply slip as per attached below and revert back to me latest by Thursday, 27 August 2015. Also registration can be done online via MATRADE website at ttp://www.matrade.gov.my/en/online-applications/matrades-exporters-training-programme/470 . For registration and further clarification of the event please do not hesitate to contact i) Ms. Addeena Fadzleen (T: 603 6207 7504 E: addeena@matrade.gov.my), ii) Ms Rina Sazriannie (T: 603 6207 7508 E: rina@matrade.gov.my) iii) Mr. Syed Zahirulddin (T: 03 6207 7143 E: zahirul@matrade.gov.my) and iv) Mr Sobirin (T: 603 6207 7146 E: sobirin@matrade.gov.my )

Source: fb Balai Seni Visual Negara

Tuesday, 25 August 2015

Jom Sketching Painting Drawing @KT 31 Ogos 2015



INFO lanjut berkaitan sesi pembelajaran atau jemputan Plein Air boleh terus hubungi:

Call sahaja: +6019-9169960
Whatsapp sahaja: +6010-4029960
Instagram: @azmannor_pikirlukis
Facebook: Azman Nor

Sunday, 23 August 2015

Plein Air Hulu Langat, 22 Ogos 2015

Sebelum ni saya dan Hisham Salmin pernah berbincang untuk plein air ke Sg. Congkak, tapi target utama kami bukanlah nak lukis sungai. Yang saya lebih teruja sebab menurut Hisham sepanjang perjalanan ke sana banyak rumah tradisional pusaka yang masih terpelihara...

Jadi kami cuba war-warkan dalam grup untuk ajak rakan2 lain menyertai kami pada 22 Ogos lepas. Walaupun penyertaan kurang memuaskan memandangkan ahli mempunyai komitmen yang perlu diutamakan, kami tetap teruskan misi plein air kali ni...

Ada juga yang bertanya, best ke plein air ni...haa ini jawapannya nama pun plein air, udara yang disedut sepanjang aktiviti lebih segar berbanding terperap di studio, kami bebas bergerak sambil menikmati alam sekeliling dan yang paling utama kami boleh berkongsi ilmu dalam memperbaiki teknik dan kemahiran yang ada...

Di sinilah adanya teguran sekiranya berlaku kesilapan... dapat ilmu free, hehehe.... Alhamdulillah setakat ni dorang tak lokek ilmu...

 Saya, Wan Borhanuddin, King Marul, Maroz Khuzaini dan Hisham Salmin

 Sempat posing di kebun keluarga Maroz Khuzaini, untung ada kebun dekat Lembah Pangsun ni...

 Target subjek, rumah pusaka berusia lebih 100 tahun yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat luar terutamanya produksi filem dan dokumentari...

 Khusyuk bangat!!!

 2 orang kat belakang ni sangat hebat dan berilmu, rugi tak bersama mereka...

 Ahli Gangsta Watakala yang dah capai tahap internasionale, Hisham Salmin bersama buku Sketch City yang berkongsi tips dan inspirasi beliau dan 24 pelukis seluruh dunia, MUNGKIN INI RAHSIA BELIAU KEKAL REMAJA, SIFU!!!...

 Setakat ini saja...



 Tajuk: Rumah Pusaka
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm









Sunday, 16 August 2015

Plein Air Kuala Kubu Baru, 15 Ogos 2015

Alhamdulillah cadangan Hisham Salmin untuk berplein air di Kuala Kubu Baru menjadi kenyataan, kami bersama beberapa orang ahli Gangsta Watakala dan Jeremy Lee dari Sketchwalk KL bertolak dari KL, Bangi dan Puchong seawal jam 6.30 pagi. Kumpulan pertama tiba di Pekan Kuala Kubu Baru pada jam 8 pagi, bersarapan dan mula berplein air di laluan masuk utama ke pekan. 

Cuaca yang agak baik dan sesuai untuk melukis, lighting dan shadow pada bangunan jugak memang terbaik... 


Puas hati dengan hasil masing2
Dari kiri: Hisham Salmin, Saya, Wan Borhanuddin, Tembakau, Abey Zoul, King Marul, Jamal Tommy

Kuala Kubu Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

 Pasar KKB

 Tersusun dan bersih, I like it...

 Laluan masuk utama untuk melehat deretan bangunan lama KKB

 Sebelum plein air sempat bergambar dengan Jeremy Lee...



 En. Amir Ahmad, adik Tembakau dan keluarga juga sempat join kami berplein air, memang sporting family ni...

 Acah2, hehehe

 Biasa plein air banyak kali jugak pindah tempat nak elak dari panas, tapi di KKB hanya sekali je, port terbaik...

 Yang ni bukan acah, spontan, hehehe

Terima kasih Abang Jamal Tommy dan Keluarga sudi sediakan makan tengahari untuk kami, alhamdulillah rezeki perantau, penangan Asam Pedas dan Kopi Muar memang terbaik dan sedap bangat....

Wednesday, 12 August 2015

Watercolor: Keraian Kampung...

Suasana kampung yg sangat unik dan meriah sentiasa menjadi impian mereka yg pernah melaluinya untuk merasai kembali...paling tidak pun mereka akan berkata "bestkan masa kecik dulu masa kat kampung, rasa macam nak putar balik masa..."
diri sendiri pernah melalui suasana ini di kampung, seawal jam 4 petang kami akan mengajak rakan sebaya berkumpul di rumah saya untuk bermain permainan kampung seperti main sorok2, baling selipar, kriket kampung, baling tin, main getah, main kereta sorong tin milo... di belakang rumah pulak kami memancing, mencari ikan sekilau/karin, jebak burung serindit/puling dan sebagainya. Sangat mengujakan...
Sekarang hampir semuanya berubah dan dilupakan..
Foto rumah terbaik dari photographer hebat Budakli Azli Yah , saya tambah figure sj smile emoticon.

Tajuk: Keraian kampung 
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm



Pameran Minda Merdeka, 10 Ogos - 1 Sept. 2015, Galeri@Lobi, Bangunan Pentadbiran LPSVN


Minda Merdeka merupakan sebuah pameran bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-58. Pameran ini menghimpunkan karya bertemakan kemerdekaan hasil daripada cetusan pelukis-pelukis daripada Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA). Pameran Minda Merdeka ini menterjemahkan konsep dengan bertemakan kemerdekaan dalam sudut pandangan pelukis yang berbeza menggunakan kreativiti tersendiri sebagai sumber informasi, interaksi dan paparan kreativiti kepada khalayak dalam mengangkat isu-isu sosial seperti nilai kemanusiaan, semangat setiakawan, perjuangan dan tindakbalas terhadap persekitaran sebelum dan selepas kemerdekaan.

Karya yang dipamerkan bukan sahaja bertemakan isu kemerdekaan malah ada di antaranya melangkaui kreativiti pelukis tanpa perlu menggunakan imej-imej kemerdekaan. Ia sebagai pendekatan kepada pelukis dalam menyelami kebebasan berkarya melalui Minda Merdeka dimana seorang pelukis boleh melukis apa sahaja yang ingin dilukis.

Pameran Minda Merdeka mengumpul sejumlah lebih dari 30 buah karya dari 20 orang pelukis yang berpengalaman. Antara pelukis yang terlibat adalah Aris Aziz, Ismail Baba, Shaarim Sahat, Suzlee Ibrahim, A.Zaki Hadri, Raduan Norudin, Kay Loo, Azman Nor, Sukeri Ibrahim, Tarmizi Mohd Dharus, Zakir Amir Md Derus, Abinaj Ain, Mohd Amirudin Rasid, Shamsuri Atan, Syuq Tone, Elliza Hashim dan Iszuan Ismail.

Pameran seni ini diharap dapat membentuk imaginasi, menyatukan fikiran dan berinteraksi melalui minda yang merdeka.

Lukisan saya yang dipamerkan

Tuesday, 4 August 2015

Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang 2015





Maklumat lanjut serta borang penyertaan boleh didapati di sini:

http://www.penangmuseum.gov.my/artgallery/art-gallery/blog/penang-art-open-competition-2015-pertandingan-seni-lukis-terbuka-pulau-pinang

Sesi makan durian Gangsta Watakala di Bangi, 5 Ogos 2015

Terima kasih rakan2 yang sudi datang ke Bangi untuk sesi makan durian yang disponsor oleh Aziezan Ahmad dan saya sendiri  di gerai durian berdekatan dengan Kg. Sungai Buah. Thanks jugak sebab korang sudi datang ke rumah A.K.A studio mini saya di Seksyen 1, B.B.Bangi...

Selepas sesi men'durian', kami berpindah ke Restoran Tasik Idaman untuk sesi belajar potret dari Aziezan Ahmad...

Terima kasih Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar, Wan Borhanuddin, Aziezan Ahmad, Ridzuan Nuruddin, King Marul, Amin Daud dan Syahman yang sudi hadir....

Yang lain next time kata Maroz >_<...

 Lukisan2 saya dari tahun 2012

Untuk dikenali dan menjadi pilihan kolektor bukannya mudah... buat seribu lukisan, sebab dalam seribu lukisan tu akan ada satu atau dua yang mampu mengubah hidup kita, Jangan berputus asa, percaya pada takdir, doa dan harapan...

 Masing2 membelek apa yang patut...

 Sesi men'durian'...

 Sangkut jugak satu berus Dan, menjadi permainan WanB, hehehe

Da Vinci 5 (Serie 418)

 'Alat solek WanB'...

 Aziezan mendedahkan rahsia kejayaannya...

 Masing2 teruja melihat hasil potret Aziezan yang jelas tersangat awesome...

Sambil layan WanD karok dengan suara jantannya, hebat beliau ni...

Monday, 3 August 2015

Watercolor: Memori 20 tahun...

20 tahun lepas di sini (Kedai Menanti, Pasir Puteh, Kelantan)...selalu gunting rambut dengan Pok Mood harga RM2. Sekarang Pok Mood masih gagah menyumbang kudrat dan hampir keseluruhan tempat gunting rambut ini seperti 20 tahun lepas... 

Tajuk: Memori 20 tahun
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm
Available