There was an error in this gadget

Thursday, 30 July 2015

Alhamdulillah 2 masterpiece TERJUAL...

Alhamdulillah 2 masterpiece telah terjual, terima kasih Puan Seri Habibah Salleh yang sudi membeli karya saya... Saya beranggapan beliau seorang yang teliti dalam pemilihan setiap karya mungkin dari segi hasil, kisah disebalik karya dan jiwa karya. 

Selesai penghantaran

Aku tanya apa khabar??? (Kg. Baru Kuala Lumpur)

Sinar Kg. Baru

Lukisan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai hadiah...

Lama tak join pameran...

Lepas beberapa lukisan saya di'reject' dari menyertai pameran yang lepas, saya berikan fokus pada tempahan daripada kolektor yang biasa saya berurusan. Mungkin rezeki berpameran tu tiada lagi... 

Harap2 lukisan untuk pameran kali ni diterima oleh pihak penganjur atau kalau reject pun boleh inform awal pada saya ye...

Penyertaan Pameran Minda Merdeka 2015 ni telah disahkan diterima untuk dipamerkan wakil penganjur PeRUPA, Alhamdulillah terima kasih...

Pameran Terbuka GSA 2015, penyertaan belum disahkan...


Raya Sketched...

30 minit lakaran...

Raya di Kampung...

Raya tahun ni agak sederhana mungkin penangan GST dan senario politik semasa kot, apapun tetap meriah bila dapat beraya dengan orang tersayang.

Rumah ayahanda bonda...

Tak pernah dilupakan sehari sebelum raya, model hero cilik...

Yang ni pun sama, xpernah dilupakan...

Suasana hari raya II
Saiz: 38cm x 56cm




Thursday, 23 July 2015

Watercolor: Sinar Kg. Baru (Jalan Haji Yaakob)

Sinar harapan dari Kg. Baru yang pasti semakin pudar ditelan arus pembangunan yang terus menggila. Saya lebih suka dengan siri kali ni kerana sentiasa menjadi perhatian dan pilihan para kolektor yang sangat berminat untuk mengetahui perkembangan Kg. Baru...

Merupakan salah satu lorong di Kg. Baru, Lorong Haji Yaakob mempunyai pemandangan yang sangat cantik dimana menara KLCC berdiri megah dibelakangnya serta beberapa rekabentuk rumah lama masih dipelihara dengan baik... 


Tajuk: Sinar Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm




Keratan Akhbar: Pameran Cair ubah senario...

Pameran Cair sebenarnya banyak mengubah landskap WASG ke arah yang lebih dikenali dan lebih mesra rakyat marhaen. Keratan akhbar 10 Julai 2015 menceritakan sebahagian hasil usaha kami memartabatkan cat air di kalangan rakyat Malaysia amnya dan dunia seni khususnya dan memaparkan sebahagian lukisan yang sedang dipamerkan di Galeri Shah Alam. Pameran ini akan berakhir pada 15 Julai 2015 (masih ada peluang cuci mata >_<). 

Thanks BH!!!


Sunday, 12 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan2 blog pikirdanlukis.

Moga Aidilfitri kali ini memberi sedikit keceriaan kepada kita bersama keluarga tercinta, bermaaf-maafan serta menziarahi saudara mara dan sahabat handai...

Tajuk: Suasana Hari Raya (Imej kad raya UKM)
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 28cm x 28cm

Thursday, 9 July 2015

Watercolor: Saya anak Felda...

Cerita lama rasanya boleh lagi share dengan kawan2...nak karang panjang2 memang tak sempat...


Tajuk: Saya anak Felda
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm
Available

85% WIP

Hujung minggu yang agak lapang, bosan nak siapkan di studio packing barang terus ke Taman Tasik Cempaka (10minit je pun dari rumah), lagi pun bulan puasa sini agak sunyi la...

Sebenarnya melukis ni takde istilah bosan bagi saya. Sebelum ni saya dah cuba banyak perkara untuk mengisi masa lapang tapi hampir semuanya tak menjadi, daripada berpuluh cubaan tu melukis cat air sahaja melekat, hehehe...mmm mungkin sebab dapat pulangan yang memberangsangkan kot...