There was an error in this gadget

Sunday, 28 June 2015

Iftar dengan Gangsta Watakala, Sentul, 26 Jun 2015

Terima kasih ahli Gangsta Watakala yang sudi meluangkan masa untuk sama2 berbuka puasa pada 26 Jun yang lepas...

Dari kiri Cikgu Iffat Haiqal, Razlan, Zaid Jaapar, Abey Zoul, Saya, Maroz Khuzaini dan Syikin

Lepas iftar, Abey Zoul belanja durian tapi sebelum tu ahli diwajibkan siapkan satu sketch dulu, haru betul...buat sketch sebelah gerai durian, mana la bleh concentrate. huhu

Menerima tetamu istimewa, Tuan Ismail Kadir...

Terima kasih Abg Padi, nampak manis senyuman tu, hikhik...

Saya dan Abey Zoul lebih tertarik dengan Cikgu Haiqal, hahaha

Manis benar...



Solo plein air 21 Jun 2015 (simple steps)

Biar gambar berbicara :-) (sebenarnya malas nak karang ayat >_<)

Steps sebelum lukisan terhasil

Sketch yang betul dan perspektif yang tepat amat penting, ingat jangan tergesa2...

3 lapisan utama, atas tengah dan bawah...

2nd layer...

Biarkan ianya kering...

Detailing dan siap

Tajuk: Hening pagi di Canselori UKM
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 31cm x 41cm
300 gsm Arches wc paper





Sunday, 21 June 2015

Solo plein air 20 Jun 2015, Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi...

Selamat berpuasa kepada semua...pagi ni ada sikit masa nak buat plein air dekat2 rumah je...so tempat yang paling ok ialah Taman Tasik Cempaka. Hari Sabtu memang takde orang sangat tambah lagi bulan puasa nih...

Biasa Sabtu dan Ahad kat sini agak meriah dengan kehadiran keluarga yang bersantai hujung minggu ditambahkan lagi dengan Car Boot Sale di tapak parkir TTC ni.

Solo plein air, so muka pun xbleh belah la >_<

Ghost layer yang mempunyai 3 lapisan utama iaitu lapisan atas adalah campuran Ultramarine Blue+Burn Sienna+Yellow Ocre mengikut nisbah yang diperlukan. Lapisan tengah memadai dengan lapisan nipis yellow ocre dan lapisan bawah adalah campuran Ultramarine Blue+Burn Sienna mengikut nisbah yang sesuai...biarkan ianya kering sedikit sebelum sapukan satu lapisan sap green atau campuran sap green+yellow, biarkan ia kering sepenuhnya...

Selepas kering sepenuhnya baru la dimasukkan warna yang lebih gelap/pekat. Ringkas hanya ambil masa kurang 45 minit...

Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 14cm x 38cm (handmade sketchbook)
300gsm Saunders Waterford

Wednesday, 17 June 2015

Quick Sketch Tutorial...

Sedikit tutorial ringkas untuk melukis dan penuhkan sketchbook anda dengan masa kurang 1/2 jam...

Dapatkan komposis dan perspektif yang betul sebelum melakar...

 Siap

 Identify warna yang sesuai sebelum memasukkan warna, mesti diingat jangan terlalu mengikut warna asal pada gambar

 Untuk ghost layer saya gunakan ultramarine blue+crimson untuk langit dan ultramarine dan sedikit yellow ochre dan burn sienna untuk permukaan tanah... 

 Identify shadow, masukkan warna ultramarine blue+burn sienna mengikut nisbah dan kreativiti kita...

 Capture shadow seringkas mungkin, kata sketchbook je kan...

 Siap, jangan lupa signature dan date...

Tajuk: Kg. Nelayan Kuala Besut
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 14cm x 38cm
Schmincke wc + 300gsm Saunders Waterford wc paper

Tuesday, 16 June 2015

Pikir&Lukis: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Pikir&Lukis: Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...: Selamat menyambut Ramadhan kepada rakan blog Pikirdanlukis semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan kekuatan untuk menggandakan amalan d...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Selamat menyambut Ramadhan kepada rakan blog Pikirdanlukis semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan kekuatan untuk menggandakan amalan dan sedekah...

Moga kita terus istiqamah menjalani ibadah puasa...

Karya lama
Tajuk: Si Cilik dan Hadisnya...
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm
Tahun 2014

Pelukis Pelapis...

Tangan dan minda untuk melukis adalah milik Allah, dan saya sangat2 bersyukur kerana dikurniakan sedikit kelebihan ini. Bukan untuk menunjuk kehebatan sebagai pelukis tetapi hanya untuk mengespresi hasil ciptaan Allah yang sangat kita kagumi...

Dan sekarang kurniaan yang tak terhingga ni telah diwarisi oleh anak teruna saya. Walaupun belum cukup 2 tahun, sudah ada tanda2 minat pada lukisan sehingga dapat hasilkan abstract watercolor yang menarik...

Tajuk: Hijau
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Tajuk: Symphony of colors
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Warm up...

Bukan lefthanded...

Puas duduk meniarap pun jadilah...



Yang terbaharu, siap guna water spray lg...





Monday, 15 June 2015

Bila melukis di kampung sendiri...

Perjalanan dari Bandar Baru Bangi terus ke Kuala Berang hanya mengambil masa 4 jam sahaja melalui LPT 1 dan LPT 2, hampir 1 1/2 jam masa dikurangkan, lepas ni boleh lah pegi KL balik hari, hehehe...

Alhamdulillah Mak Ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik...

Sampai rumah je terus rasa nak melukis, dapatkan beberapa shot menarik dan terus membuat lakaran...

 Start sketching jam 530 petang, siap sepenuhnya hampir jam 7 petang

 Dah siap...

 Pengkritik utama saya...ayat biasa yang ditanya "Apa ni???Omey...", hehehe

 Rumah orang tua nun di atas bukit sana...

 Tajuk: Rumah orang tua
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Sunday, 14 June 2015

Watercolor: Demi sesuap nasi..Kg. Baru KL

Ingatkan bila ada anak dan isteri ada semangat melukis tu kurang sikit, rupanya tak... makin bertambah adalah. Antara faktor penting mungkin disebabkan anak teruna saya telah menunjukkan tanda2 meminati senilukis yang sangat dahsyat sehinggakan setiapkali tengok saya melukis atau pegang berus je terus nak melukis jugak, and one more thing dia cepat belajar even nak lekatkan tape pada kertas...walaupun tak pandai buat, dia akan ingatkan saya...so his father sangat impressed bila tengok kelakuan anaknya, hehehe...

Sebelum melukis dia akan pastikan semua peralatan ada, pernah satu kali saya terlupa nak letak bekas air sebab dah guna water spray, dia akan mintak...bila dah complete baru lah dia start melukis...

Beginilah gaya pelukis pelapis

Sentiasa ada teguran dan pertanyaan, "ni apa???"...

Dia cepat faham...

Tajuk: Demi sesuap nasi... Kg Baru KL
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm (fullsize)

Tumpang Parkir sudah ada pemiliknya...

Terima kasih Puan Sri Habibah Salleh yang sudi menjadikan lukisan2 saya antara koleksi2 beliau...sungguh terharu...

Alhamdulillah sudah dihantar ke rumah Puan Sri

Duta blog pikirdanlukis, hehe



Tajuk: Tumpang Parkir
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 56cm x 76cm

Sekitar Majlis Pameran CAIR, Galeri Shah Alam, 10 Jun 2015

Hmm tak sempat nak karang...

Pelukis WASG dan pelukis jemputan bergambar bersama YBhg. Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN, 

 Antara tetamu yang datang

 YBhg Dato' Mahadzir menandatangani lukisan yang saya hasilkan

 Puan Aminah, Pengerusi MWS dan Encik Suzlee Ibrahim antara tetamu kehormat yang datang...

Sedikit penerangan

Lakar langsung...

Interview by BH dan Utusan

Bersama collector terkenal Mr. Loh

Bukan saja collector, tetapi kolektor berilmu...banyak juga panduan yang diberikan, terima kasih Mr. Loh!!!

Sahabat fb yang pertama kali jumpa, Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin dari UiTM Shah Alam, baru ada kesempatan nak bagi lukisan...

Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin juga merupakan ex-classmate Abg Jamal Tommy...

Antara audien terawal...



Suka bila Dato' Dale kecek kelate dengan my wife...

Orang kuat WASG, Gangsta Watakala dan GSA. Dari kiri Sany Misnan, Jamal Tommy, Abey Zoul, Saya, Iszuan, Hisham Salmin, Ridzuan Nuruddin, Maroz, Razlan dan Syahman

Ikhlas dari Dato' Dale...



Tulang belakang yang dianugerahkan oleh Nya...

Siri Kg. Baru ni memang sayang sangat2...

Dari JB terus ke galeri...

Konon2 beraksi...

Thanks Dato' Dale...