There was an error in this gadget

Thursday, 28 May 2015

1 jam untuk fullsize, memang berbaloi

Karya ni sebenarnya ditempah oleh rakan FB untuk dihadiahkan kepada sempena hari lahir ayahnya Jun ini. Pada awalnya hanya gambar rujukan diberikan kepada saya sebagai guide untuk saya hasilkan painting yang diinginkan. Bila dah siap ada beberapa rakan FB yang nak beli tapi saya tolak walaupun dioffer dengan harga lebih tinggi...janji tetap janji walaupun saya boleh buat satu lagi...

Tajuk: liku 
Medium: cat air (watercolor)
Saiz: 56 cm x 76cm (fullsize)
Alpha wc + 300gsm bockingford wc paper

Selain Watercolor Alpha yang digunakan, 3 berus dan water spray ini digunakan untuk hasilkan karya ni Saiz 7 Kolinski Diana Brush, 6 Da Vinci Cosmotop dan flat brush bulu kambing ni...

Ahad yang padat...

Selepas plein air di Batu 24, jadual saya diteruskan lagi dengan 2 penghantaran karya kepada collector di sekitar Kuala Lumpur. Fuhhh! jenuh jugak nak cari rumah2 mereka nih maklumlah saya memang tak guna GPS, Waze atau sebagainya, bukan kolot tapi bila guna benda ni kompom takkan belajar selok belok jalan di KL ni, hehehe









Antara gambar yang sempat ambik je nih...

Plein air di Jalan Salman Al-Farisi RA, Batu 24

Sabtu ahli Gangsta Watakala busy dengan keluarga, so plein air kali ni dibawa ke hari Ahad 24 Mei 2015 disertai Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Shamruismawi (Abah) di Jalan Salman Al Farisi R.A. Batu 24 berhampiran pekan Bangi Lama


Cuaca agak gerimis pagi ni

Abah sedang beraksi

Hisham Salmin sedang beraksi

Bersama tuan tanah, Pak Rahim...

 Walaupun bertiga, semangat tu tak pernah luntur

Dah siap...

Sunday, 24 May 2015

Tuesday, 19 May 2015

Plein air Kg. Nail, Kuala Besut 16 Mei 2015, 11.00 pagi - 2.15 petang

Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak... Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih...

Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail... selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita....

Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah...

Kami berlima sudah, anda bila lagi???hehehe macam mengundi plak...

Antara pemandangan yang menarik

Peminat Cikgu Ta

Palette yang digunakan Cikgu Ta ni berusia lebih 8 tahun dan bila close up boleh nampak retak seribu dan warna sudah bercampur dengan plastik. Bukan tidak ada palette baharu katanya tapi Cikgu Ta sangat menghargai palette ni, hmmm kalau offer tentu tak ternilai harga ni...

Sambil Cikgu Ta beraksi, saya siapkan satu sketch beliau...

Tho Man sempat tidur tapi dia mampu siapkan lukisan sama dengan orang lain, saka apakah yang digunakan???hehehe

Sentuhan Sham Cni nampak lembut, bila dah siap memang woww!!...

Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman...Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis...

Kg. Nail, Kuala Besut
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 28cm x 38cm
Mix wc brand + 300gsm Bockingford wc paper
SOLD

Terima kasih Cikgu Ta atas komen semangat :-)

Sunday, 17 May 2015

Dimana saja, mana yang sempat :-)

Sepatutnya hujung minggu ni saya perlu menghadiri beberapa pameran dan satu sesi perbincangan tetapi Allah Maha Mengetahui perancangan terhadap hambaNya, Selepas hampir 2 hari demam, ibu (bahasakan Mek) terpaksa ditahan di Wad Hospital Hulu Terengganu selama 3 hari. So terpaksalah cancel aktiviti weekend dan balik Terengganu.

Pengurusan hospital yang sangat baik dan mesra (tak sama langsung dengan hospital kerajaan yang lain!) menjadikan urusan kami lebih mudah, TERIMA KASIH...



Hehehe jangan buang masa, xde keje nak buatkan...

Yang ni live sketching pakai watercolor...



Model yang sentiasa menyokong...

 
Hmm...balik rumah je, hero ni nak lukis jugak, nasib baik ada ruang yang sesuai...

Indah oleh Izz Zaheen



Tuesday, 12 May 2015

Watercolor: Sunday blues (Jalan Panggong, Petaling Street), warna yang saya gunakan...

Tajuk: Sunday blues (Plein air Jalan Panggong, Petaling Street)
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38cm x 56cm

Walaupun agak penat 2 hari habiskan masa untuk aktiviti seni, tapi saya masih bersemangat... Inilah hasil plein air saya bersama Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur pada hari Ahad (10 Mei 2015) yang lepas. 

Sedikit kelainan kerana kali ni saya dapatkan view yang lebih dekat (close up) dan landskap potrait, cuba2 kalau tak jadi takpelah. Berbekalkan masa selama 2 jam dilapangan serta cuaca yang agak panas merupakan cabaran besar buat kami untuk hasilkan lukisan yang bersesuaian dengan suasana.

Saya kurangkan fokus pada langit bagi memastikan mata lebih tertumpu kepada subjek utama iaitu bangunan dan figure yang mewujudkan tajuk lukisan ini. Warna yang digunakan pada langit hanyalah sedikit ultramarine yang di campurkan dengan sedikit burn sienna (70% ultramarine 30% Burn Sienna). Sebelum warna ini kering, ambilkan sedikit crimson yang dicampurkan dengan sedikit ultramarine warnakan di bahagian bawah awan untuk menghasilkan kesan pembentukan awan. Walaupun dalam lukisan ni awan yang dihasilkan agak minimum, bukan bermakna kita perlu ambil mudah untuk hasilkannya...

Untuk lapisan pertama yang dipanggil ghost layer dari atas bangunan hingga ke hujung jalan, gunakan warna burn sienna 20% + yellow ochre 80%. Lakukan sapuan mengikut tona warna pada bangunan tersebut, wujudkan kesan rekahan cat serta tekstur batu bata pada bangunan. Sebelum ianya kering masukkan warna yang bersesuaian (red+burn sienna untuk tona bata) pada tempat tertentu untuk menaikkan lagi beberapa warna seperti panel pintu dan tingkap serta bayang pada bangunan...

Biarkan ianya kering sepenuhnya, barulah buat perincian pada tempat yang diperlukan...

Gelapkan sedikit di bahagian shadow dan bahagian hujung jalan, untuk hasilkan warna ini, hanya perlu bermain dengan ultramarine dan burn sienna juga masukkan sedikit warna ocre dan pale purple (resepi sendiri, hehehe) untuk memberi pandanga sejuk pada sudut tersebut...

Siap... jangan lupa signature

Monday, 11 May 2015

Non-stop activities (Plein Air Jalan Panggong-Pameran Simpuh Diamond Sq.-Lambaian Kelantan Cityt Art Gallery)

Hari ahad yang penuh dengan semangat untuk beraktiviti...

6.00am - 1.00pm    Plein air di Jalan Panggong, Petaling Street
1.00pm - 2.30pm    Pameran Simpuh oleh Putra Helmy di Galeri Perupa, Diamond Square
2.30pm - 6.00pm    Pameran Lambaian Kelantan 5, City Art Gallery, Ampwalk

Awal pagi saya, Mazuki Muhammad dan Sham Cni tiba di Jalan Panggong dan kami pertama kali berjumpa dengan KC Lee dari Sketchwalk Kuala Lumpur. Seorang yang peramah macam dah lama kenal dan kami diperkenalkan dengan beberapa orang sketchers (sori lupa nama, sudah tua...hehe) yang hadir.

Sambil menunggu ahli yang hadir, saya terus mencari port menarik untuk membuat lakaran...tanpa sarapan pagi, hanya bertemankan air kosong kami bertiga memulakan sesi plein air, hehehe

Hampir 40 orang yang hadir dari Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur, sungguh happening...

From Australia with love and passion as sketchers, remember the words by her "Azman, you are the Man"...

Kami bertiga bersama KC Lee CEO Sketchwalk Kuala Lumpur if im no mistaken, hehehe gurau je...

Mereka bersemangat...

Mereka joined, anda bila lagi???

Sifu Abey Zoul dan Kartunis terkenal Tembakau sedang beraksi, aura Paris masih ada >_<

Abg WanB beraksi, terima kasih for the beautiful painting bagi kat saya sungguh istimewa. First time juga jumpa Abang Ryzal, hasil plein air yang memukau...sori bang sebenarnya banyak lagi nak sembang tapi kesuntukan masa, In Shaa Allah next time...

Hasil plein air saya yang tak seberapa selama hampir 2 jam...

1st time jugak jumpa Cikgu Khalid, memang peramah orangnya, beautiful sketched...

WanD tengah beraksi sambil Arkitek Syahman melakukan apa yang patut, 2 2 hasilkan karya yang menarik...

Datang nak ber'demo', tetiba masing2 buat bodoh je sambil pegang kertas tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, itulah kegilaan mereka, hehehehe

KC Lee melihat sketchbook saya, menarik katanya...

Dengan Abang Ryzal, illustrator majalah Kuntum...

Bersimpuh sambil tengok karya SIMPUH oleh Putra Helmy, jom ramai2 ke Pameran Simpuh di Galeri PeRUPA 1-30 Mei 2015, Perasmian oleh Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN pada 16 Mei 2015 jam 4.00 petang...

Bersama Pak Aris, Pengerusi PeRUPA dan yang dirai, Putra Helmy yang handsome...

Semasa perasmian Lambaian Kelantan 5...

Semasa menjemput Dato' Mahadzir Lokman untuk merasmikan Charity Art Exhibition anjuran Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu (BERKAT), Baju biru tu Kak Long AlBarakbah antara organizer pameran ni yang akan berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur...

Ambil peluang bermesyuarat dengan Kurator GSA, Saudara Iszuan untuk Pameran WASG di Galeri Shah Alam Jun depan

Bersama Cikgu Shafie Hassan dan beberapa pelukis...

Singgah di Rumah Pok Nik (pelukis hebat Kelantan), geram tengok lukisan Mazuki Muhammad ni...

Terima kasih Pok Nik dan isteri untuk jamuan yang sedap...