There was an error in this gadget

Monday, 29 September 2014

Esok secara rasminya Pameran Solo Azmannor bermula...

Sepatutnya update esok tapi sebab excited sangat so cepatkan 1 hari... Semua perkara dah ready untuk perasmian pameran solo ni. Cabaran besar sebab kebanyakan perkara disiapkan secara solo kecuali beberapa perkara yang diuruskan oleh pihak PKU, dan alhamdulillah setakat ni berjalan lancar dan hopefully lancar sehingga pameran ini habis.


 Katalog pameran telah pun siap dan akan dijual semasa perasmian nanti.


Antara koleksi sketchbook saya yang akan turut dipamerkan, handmade sketchbook ok!... 

Monday, 15 September 2014

Persiapan PSA2014...

Sabtu dan Ahad lepas yang terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan galeri. Alhamdulillah bantuan rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh, terima kasih Rizal, Emran Mohd Tamil, Hisham Salmin, Haziman dan Encik Rahim, juga Abang Zul dan Asri dari Pusat Kebudayaan Universiti. Tanpa korang, mungkin proses installation ni makan masa berminggu-minggu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi kalian.


Rizal paling tekun bab cat dinding ni...terbaik!!!


Tengah discuss macamana cara terbaik nak mop karpet??? >_< sambil Rizal seolah2 disampuk saka sekitar galeri, hehehe...


Posing maut Tn.Meran buat Hisham meleleh air liur....


Tn. Meran kata bab cat ni dia suka...





2 orang yang membuatkan aku terharu hari tu, terima kasih Rizal & Haziman


Hisham membetulkan frame yang senget


Budak sekolah nak posing dengan otai2 >_<


 Terima kasih Abah dan keluarga yang singgah memberi sokongan, ni kumpulan pertama yang datang melawat


 100% cat air (watercolor), rugi tak datang tengok


Termasuk beberapa lukisan daripada koleksi pembeli yang bersetuju meminjamkan lukisannya


 Melimpah ke tangga...












3 lagi kosong, belum ambil dari pelanggan...

Wednesday, 10 September 2014

Pameran Solo Azmannor 2014: Penantian tiga janda pingitan...

Salah satu karya yang akan dipamerkan di Pameran Solo Azmannor 2014 nanti. Sedikit perkongsian langkah-langkah untuk menghasilkannya, memang tak banyak membantu pun >_<








Siap



Lepas satu nafas, yang seterusnya tak tau lagi...




Bukan senang nak uruskan sebuah pameran yang melibatkan VVIP dengan bantuan yang sangat minima. Hampir 90% kerja dan kos sendiri demi merealisasikan tema yang diinginkan. kata solo kan >_<. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sangat mengambil berat dan yang paling terharu ialah respon positif Dato' Rosol Wahid yang sentiasa membantu sekiranya diperlukan, Dr. Hafiz (Pegawai Khas YB. Menteri) dan En. Danial (SU Akhbar YB. Menteri) serta Puan Zaiton (Pusat Kebudayaan Universiti) yang sangat banyak membantu memudahkan kerja.

Idea mengadakan pameran ni sebenarnya dicetuskan oleh Tuan Hj. Zanudin (Pengurus Kanan, Pusat Strategi-UKM) dikembangkan setelah mendapat respon positif Puan Zaiton sendiri. Memang  dah lama berangan nak adakan pameran solo pertama sebelum umur 30 tahun, jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin dan Alhamdulillah ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Antara individu yang sentiasa positif dengan tindakan saya ini ialah isteri saya sendiri Wawa, sepupu, Wan Zain (Pokjen) dan Noor Anzam (Abg Azam) serta sahabat WASG. Sokongan mereka sentiasa menguatkan usaha untuk jadikan pameran ini yang terbaik. Terima kasih daun keladi... :-)

Nafas seterusnya...

Sunday, 7 September 2014

2 hari punya cerita...

Dah lama tak singgah WASG, nasib baik Abey Zoul dan Nabil ada kelapangan untuk breakfast dan lepak di WASG, bincang strategi katanya >_<


 Dengan collector Rajawali >_<


 Bincang strategi katanya...


Sibuk tawar menawar...


 Barang rare dari Nabil untuk display di WASG


 Abey Zoul sempat meratah satu...


Lastly ke Balai hantar kad jemputan Pameran Solo

Friday, 5 September 2014

Singgah studio JOMLUKIS milik Tn. Faizal Zainal

Sambil mencari ilham diwaktu rehat, sempat dinggah di studio JOMLUKIS melihat karya terbaharu Tn. Faizal Zainal.


Watercolour yang menggunakan teknik drybrush yang menarik dan kemas, kalau harga tak tinggi memang sah2 beli ni, >_<


Watercolour on paper


Terbaik jugak...

Thursday, 4 September 2014

Terima kasih Tn. Faizal Zainal yang bantu tagging harga

Salah sorang yang banyak membantu kerjaya seni saya di Bangi, terima kasih Tn. Faizal Zainal. Malam tadi perlu siapkan harga untuk 40 lukisan yang akan dipamerkan, selebihnya koleksi collector yang dipinjamkan khas untuk pameran ni. Thanks Tn. Faizal, harga yang terbaik, btw harga ni boleh nego lagi sikit2, hehehe....35 hari lagi, fuhhh!!! neves2...


Sambil tagging sambil baca buku Dowden


Kad jemputan, sebahagian diuruskan pihak PKU UKM