There was an error in this gadget

Wednesday, 27 August 2014

Langkah dan penerangan bergambar mewarna cat air...

Walaupun langkah yang ditunjukkan tidak banyak membantu berbanding live demo, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menaikkan semangat pelukis amatur untuk terus berkarya. 


Lakaran sangat penting kerana ia menggambarkan apa yang terhasil nanti. Dapatkan perspektif yang terbaik, pastikan setiap objek yang dilukis tidak kaku atau bersendirian (faham maksud saya?, nak faham lagi kita buat live demo, hehehe)


Warna latar yang lembut dimasukkan, kawal berus anda jangan biarkan berus mengawal anda >_<. Pastikan warna yang berbeza digabungkan dengan baik, jangan sampai wujudnya border line. Waktu ni kawalan berus amatlah penting.


Setelah lapisan pertama kering sepenuhnya, barulah lapisan seterusnya dibuat. Perlu diingatkan lapisan seterusnya sangat2 memerlukan kawalan berus yang terbaik kerana permukaan air bukan pada satu warna sahaja sekiranya dilihat dengan betul. Ia terhasil melalui refleksi daripada pelbagai objek seperti dedaun, pokok, batuan dan langit. So campuran pelbagai warna diperlukan. Sambil warnakan juga lapisan pertama batuan dan pokok di permukaan air.


Lapisan terakhir ialah dengan memasukkan warna yang lebih gelap untuk mewujudkan bayang (shadow). Ramai yang salah anggap, warna gelap tidak semestinya hitam. dan satu peringatan, jangan sesekali menggunakan warna hitam untuk shadow!!! kerana ia akan mematikan objek disebalik shadow. Alternatif untuk warna hitam adalah campuran ultramarine blue, cobalt blue dan cerulean blue yang dicampurkan dengan burnt sienna atau burnt umber mengikut portion tertentu bergantung pada kesesuaian. OK???


Ok dah siap, harap dapat membantu... kalo nak saya ajar boleh contact terus atau berurusan dengan Galeri Warna dan Air (WASG) 

Tuesday, 26 August 2014

Pameran Terbuka 2014, Galeri Shah Alam

Ada juga submit 1 painting, tapi belum tahu lagi diterima ke tak untuk pameran ni...hopefully sangkut lah. Apapun jom kita meriahkan Pameran Terbuka 2014 GSA.





Sunday, 24 August 2014

Perasmian Pameran Bangkit anjuran APS, Galeri Seni Universiti Malaya, 23 Ogos 2014, 10.00 pagi

Sekitar majlis perasmian Pameran Bangkit anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Pameran yang cukup bererti bagi seluruh warga APS terutamanya mereka yang telah sekian lama berusaha untuk menggerakkan kembali jentera APS agar kembali relevan dimata masyarakat. Sekilas memori daripada Tuan Presiden, Saudara Hasan Ghazali mengingatkan kembali perjuangan APS terdahulu membuatkan kami berasa amat beruntung bernaung di bawah persatuan yang diwujudkan dengan segala usaha dan upaya. Syabas APS!!!...


 Menjemput Dato' Mahadzir Lokman ke Perasmian PSA2014










 Perasmian oleh Dato' Mahadzir Lokman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara








 Bersama Maestro Khalil Ibrahim




 Bersama Saudara Sabrie Isa dan Mr. Kay Loo

 Bersama pelukis potret terkenal, Saudara Amir






Pertandingan Lukisan Cat Air Ekspresi Selangor

Ramai hantu cat air akan berminat untuk menyertai Pertandingan Lukisan Cat Air Ekspresi Selangor. Penyertaan telah dibuka kepada semua yang berminat. Syarat-syarat penyertaan boleh rujuk brosur di bawah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2014. 

Untuk dapatkan borang penyertaan boleh klik link di bawah:







Borang penyertaan:
https://www.dropbox.com/s/da7wvmjvt8bf4l1/Borang%20Penghantaran%20Karya.pdf?dl=0






Thursday, 21 August 2014

Rajawali Open Art Exhibition

Tolong promote kepada yang berminat untuk menyertai Pameran Terbuka Rajawali, syarat penyertaan dan borang penyertaan turut disertakan, boleh rujuk di bawah ye...









Wednesday, 20 August 2014

Pertandingan Melukis Terbuka " Wajah Landskap Kuantan"

Jom sertai Pertandingan Melukis Terbuka " Wajah Landskap Kuantan" pada 27 September 2014 (Sabtu) sempena 1MCAT anjuran SENIKA...

FAQ: Semua boleh join ke? Yes nama pun pameran terbuka kan, so terbuka pada semua la, rasanya pelancong pun boleh join ni >_<...








Tuesday, 19 August 2014

Teknik mudah cat air sesuai untuk yang baharu belajar...

Dengan hanya mengambil masa kurang satu jam, lukisan ini dapat disiapkan. Fokus utama tentunya pada water reflection. Lukisan ni dihadiahkan kepada KMS...


 Lakaran


 Masukkan warna latar yang lembut


 Perincikan


 Masukkan warna pokok


 Perincikan bahagian bayang (shadow)


Siap

Monday, 18 August 2014

Bengkel Cat Air (Watercolor) Kolej MARA Seremban 2014

Terima kasih Encik Rudi Hakimi atas jemputan yang besar ni. Sebelum ni saya pernah ajar untuk peserta yang kurang daripada 20 orang, tetapi di KMS saya telah diberi 2 sesi iaitu sesi pertama kepada seluruh pelajar KMS pada sesi pagi dan sesi kedua kepada pelajar Visual Art seramai 30 pelajar. Terima kasih juga Puan Siti, Ketua Program IB yang sudi datang untuk mendengar tips dan pengalaman saya dalam seni cat air dan seterusnya bersama kami melihat demo cat air yang saya berikan.


 Warga KMS




 Berkongsi tips dan pengalaman


 Memulakan demo cat air






 Perkongsian tips...


 Hasil live demo dihadiahkan kepada pihak kolej, Puan Siti. Lukisan belakang tu (projektor) adalah lukisan cat air pertama saya pada Jun 2012 >_< hehehe


 After 45min break, terus ke studio visual arts untuk sesi bersama pelajar, pun buat live demo




 Cenderahati daripada wakil pelajar, terima kasih




Hasil karya yang akan diletakkan di studio ini...


JUMPA LAGI...

Sunday, 17 August 2014

Persediaan pameran solo Oktober ni...

Alhamdulillah tinggal 3 lukisan lagi yang belum diframekan dan beberapa lukisan perlu dicollect di beberapa galeri untuk mencapai target solo Oktober ni. Mengikut perancangan asal memang nak pamerkan lebih banyak lukisan di pameran solo pertama ni, tetapi terpaksa dikurangkan kepada 50 lukisan sahaja kerana ruang yang amat terhad di Galeri Seni UKM. Lukisan yang lebih tu untuk next pameran la ye...

40 lukisan yang siap dibingkaikan, selebihnya kena collect balik digaleri-galeri dan beberapa collector