There was an error in this gadget

Monday, 30 June 2014

Borang Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2014

Ramai juga rakan-rakan pelukis yang tanya mana nak dapatkan borang Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2014. Jadi rasa ringan tangan juga la nak postkan terus borang yang dah ada atau boleh copy&paste terus link ni kat encik google http://museum.terengganu.gov.my/index.php/14-muat-turun/169-borang-pertandingan-lukisan-fotografi-citra-terengganu.

Jom pakat ramai-ramai ke Terengganu lepas raya ni, boleh join mana-mana kategori yang ada kelapangan. Peminat fotografi pun boleh join, tapi borang saya tak postkan kat sini, hehehe

Isi dan hantar borang kat bawah ni pada urusetia semasa pendaftaran bagi kategori I (Spontan) 16-18 Ogos dan bersama karya bagi kategori II (Karya siap) tarikh akhir penghantaran 3 Ogos...






Saturday, 28 June 2014

Watercolor: Setelah sekian lama tak post progress lukisan

Kekangan masa menjadi halangan utama untuk terus berkarya, fokus kerja menjadi keutamaan. Tapi ambil juga sedikit masa untuk buat contengan ringan-ringan dan ringkas, alhamdulillah 60% siap...sambung lagi lainkali @_@...


Arches memang kertas terbaik...



SALAM RAMADHAN

Salam ramadhan kepada famili dan semua rakan-rakan yang mengikuti perkembang blog ini. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kekuatan kepada kita untuk lebih berjaya dalam apa jua kerja dan ibadah yang kita lakukan...

Thursday, 26 June 2014

Complete book of watercolors in a weekend

Buku ni sangat-sangat membantu ketika tetiba fikiran menjadi blur untuk menyiapkan lukisan. Teknik yang dikongsi sangat ringkas tetapi penuh fakta dalam menghasilkan kesan pencahayaan, refleksi dan lain-lain.

" COMPLETE BOOK OF WATERCOLOURS IN A WEEKEND "

Hazel Harrison & Frank Halliday 
192 pages 
RM 80 Plus Pos Laju
Limited.


Boleh didapati di Galeri Warna dan Air (Warna&Air Studio Gallery)




Dapat buku Kelantan in watercolor, Kota Bharu 2004 dan The faces of abstraction daripada Tuan Faizal Zainal

Tak sia-sia berkunjung ke studio Jomlukis! sebab dapat hadiah buku koleksi watercolor daripada Tuan Faizal Zainal. Koleksi watercolor yang sangat menarik oleh beberapa nama besar seperti Ismail Mat Hussin, Ismail Kadir, Khalil Ibrahim, Abdul Ghani Ahmad, Aminah Abd Rahman, Hj.Mansor Hj. Ghazalli, Md Sani Md Dom, Chin Kon Yit, Chow Chin Chuan, Dr. Wong Seng-tong, Hj. Mokhtar Ishak, Mazuki Muhammad dan ramai lagi.


The faces of abstraction oleh Nizar Kamal Arifin dan Kelantan in Watercolor, Kota Bharu 2004 oleh MWO dan PESENI


Tuan Mazuki dengan gaya tersendiri


Cikgu Adzran Omar


Cikgu Mokhtar Ishak 

Wednesday, 25 June 2014

Watercolor: Van tua Kg. Baru

Watercolor: Van tua Kg. Baru


Selepas photoshoot di Kg. Baru, KL terus ada semangat nak buat beberapa lakaran ringkas. Berbekalkan beberapa gambar yang menarik maka terhasillah lukisan bersaiz kompak ni.

Van tua Kg. Baru
41cm x 14cm











Watercolor: Sangkar Kg. Baru

Watercolor: Sangkar Kg. Baru


Tiada kebebasan, terperangkap, ketakutan sepanjang masa apa yang dialami makhluk ciptaan Allah dalam sangkar ini, itulah juga yang mungkin dialami sebahagian penduduk Kg. Baru Kuala Lumpur. Hari demi hari sekangkang tanah mereka diambil dan didirikan pusat komersil serta bangunan-bangunan pencakar oleh tangan-tangan yang berkuasa.

Sangkar Kg. Baru
38cm x 15cm














Tuesday, 24 June 2014

Borang Keahlian PERUPA

Borang Keahlian PERUPA (Persatuan Seni Rupa Malaysia)


Post untuk rakan-rakan yang masih belum menjadi ahli PERUPA. Yuran pendaftaran sangat berpatutan iaitu RM150 bagi keahlian seumuar hidup dan RM30 bagi keahlian tahunan. Banyak yang boleh dimanfaatkan melalui persatuan ni contohnya dapat menyertai diskusi, pameran, bengkel dan sebagainya*.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog http://perupamalaysia.blogspot.com/




* bergantung pada terma dan syarat

Hasil Coptic Stitch Sketchbook minggu ni


Hasil Coptic Stitch Sketchbook


Semenjak 2menjak ni ini jela yang termampu sebab jadual tak mengizinkan buat yang besar2.





Monday, 23 June 2014

Pendaftaran keahlian Angkatan Pelukis SeMalaysia


Rasa nak join...


Bagi saya Angkatan Pelukis SeMalaysia merupakan antara persatuan yang bergiat aktif dalam menganjurkan pameran, pertandingan, diskusi, bengkel dan sebagainya. Tapi saya masih tertanya-tanya mampukah saya untuk menyertai persatuan sehebat ini...apa reaksi dan penerimaan mereka?hehehe


Sunday, 22 June 2014

Menang pertandingan lukisan cat air di FLORIA2014

Kemenangan 1 2 Gangsta Watakala di FLORIA2014


Kata Abey Zoul "ini adalah permulaan yang buat kami dan Gangsta Watakala". Kemenangan 1 2 ini diharapkan dapat membangkitkan semangat kami untuk terus mencabar diri dalam pertandingan akan datang

Hadiah di sampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Asih bin Haji Che Mat, Pengerusi Perbadanan Putrajaya


Bersama pemenang pertama dan juga sifu Gangsta Watakala, Abey Zoul...


Bersama pemenang ketiga, Mr. Ooi Eng Wah




















Aktiviti bersama Kartunis Tembakau di Galeri Warna dan Air

Hari Sabtu yang nyaman bersama Kartunis Tembakau dan Gangsta Watakala di Galeri Warna dan Air...


Jadual sabtu yang padat tapi terpaksa skip sikit2 sebab ada kerja lain perlu disiapkan. Pertama kali berjumpa dengan kartuns Tembakau memang banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan. Senang cakap memang tak puas berchegita dengannya... hanya gambar mampu berchegita... >_<

 Lejen


 Tahniah Dwen Karikatur yang memenangi contest yang dianjurkan oleh WASG


 haishhh satu pun tak sangkut, kalau tak mesti orang kampung berbangga dengan pencapaian aku, hehehe





Original


 Tak lokek, semua dibawanya untuk dikongsikan dengan kami


 Abey Zoul dengan komitmennya sanggup batalkan majlis penghargaan Hubback semata-mata nak ajar Tn. Budakli Azli Yah dan Abg Din


 Terima Kasih Es Tung yang datang hantar sijil Hubback 


 Cenderahati daripada Abey Zoul


 Orang kampung jumpa di WASG...




Thursday, 19 June 2014

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan melukis alam sekitar, FRIM: Warisan kebangsaan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Melukis Alam Sekitar, FRIM: Warisan Kebangsaan, 19 Jun 2014


Alhamdulillah karya yang tak seberapa ini telah dipilih oleh barisan juri sebagai pemenang saguhati. Saya difahamkan lebih 180 penyertaan dari seluruh negara.

Karya saya yang tak seberapa...


Antara pemenang yang hadir (kategori A dan B)


Pemenang kategori A




 Bersama juara, Encik Fauzi Ab. Rahim




 Bersama naib juara Encik Emran Mohd Tamil, Abang Munif Mohd Nor


 Antara karya yang dipamerkan


Rujukan gambar: Encik Fauzi Ab. Rahim




Tuesday, 17 June 2014

Pameran Terbuka APS 2014

Pameran Terbuka APS 2014


Masih ada lagi peluang bagi yang masih tercari-cari ruang untuk menyertai pameran tahun ni...