There was an error in this gadget

Monday, 31 March 2014

Watercolor: Nelayan Bagan Pasir, Kuala Selangor


Kualiti Sennelier memang tip top, memang tak menyesal beli brand ni. Reflection pada air yang saya buat cuma menggunakan burnt sienna yang dicampurkan dengan cobalt blue (brand Sennelier kod namanya berlainan) dan sedikit warna hijau.


Nelayan Bagan Pasir, Kuala Selangor
Saiz A2





Maaf gambar tak berapa cantik...




Pertandingan Melukis Terbuka SENIKA 2014 "Panorama Sungai Lembing"

Pertandingan Melukis Terbuka SENIKA 2014 "Panorama Sungai Lembing"


Walaupun sudah seminggu terlewat untuk post kan entry ni disebabkan masalah internet yang kritikal, saya nak share jugak gambar-gambar sepanjang aktiviti ni berlangsung. 

Sebagai info Sungai Lembing sememangnya terkenal dengan panorama yang menarik dan unik kerana suasana bekas tapak perlombongan bijih timah (sekitar tahun 1920-1950) yang ditinggalkan dan tambahkan lagi dengan rekabentuk bangunan lama yang dikekalkan untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Justeru Pertandingan Melukis Panorama Sungai Lembing diadakan bagi mengabadikan panorama Sungai Lembing dalam bentuk catan. 

Untuk tidak melepaskan peluang saya dan kumpulan Warna dan Air Gallery (WASG) telah menyertai pertandingan yang disertai pelukis dari seluruh semenanjung. Sebanyak 40 penyertaan diterima oleh pihak penganjur dan aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Mohd Shaimy sebelum pertandingan bermula pada jam 930 pagi dan berakhir pada jam 130 petang. Karya yang siap berserta frame hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 130 petang sahaja. Sementara menunggu karya diadili juri, aktiviti seterusnya adalah melukis potret yang diketuai oleh 2 orang sifu iaitu Tuan Munif dan Tuan Fadli, potret pilihan sifu akan menerima hadiah sebanyak RM300. 

Keputusan hasil melukis Panorama Sungai Lembing pula sangat-sangatlah tidak diduga, dengan hanya berbekalkan semangat dan niat untuk bertemu otai-otai lukisan tanahair saya sertai juga pertandingan ini. Mungkin rezeki lebih memihak kepada saya mendapat tempat ketiga. Bantuan dan sokongan isteri, keluarga dan yang paling utama Gengsta Watakala dari WASG yang tidak pernah jemu untuk melukis dan terus melukis.


Bunting pertandingan

Tempat Ketiga


Gambar sepanjang aktiviti berlangsung















Kredit gambar kpd
https://www.facebook.com/syarfuddin.abdullah?fref=ts https://www.facebook.com/rajawali.artgroupeinternationale?fref=ts













Wednesday, 19 March 2014

Watercolor: Bot nelayan II


Tak habis lagi demam bot nelayan ni tapi kali ni hasilkan dengan saiz yang berlainan sikit iaitu saiz panorama...

Bot nelayan II
41cm x 16cm


Kerja yang paling malas nak buat, sketching


Biasa la pagi Ahad sketching macam ni pun ambil masa 1 jam, hehehe


Tapi bab masuk warna cepat je, ghost layer dulu..haa warna yang terkena bot tu padam la dengan tisu, jangan biar gitu nanti rosak warna asal bot...


Part feveret ni reflection pada air


Ok apa yang ada atas bot tu just letak warna yang sesuai je. Tak perlu terlalu detail pun


Siap









Sunday, 16 March 2014

Plein Air: Kampung Bukit Tinggi, Pahang


Sesi plein air minggu ini agak terkeluar dari Lembah Klang. Antara sebab yang paling utama ialah masalah jerebu yang teruk melanda beberapa kawasan di Lembah Klang. Jadi team plein air mengambil keputusan untuk tidak pergi terlalu jauh dan mencadangkan Kampung Bukit Tinggi sebagai tempat yang paling sesuai kerana pemandangannya sangat cantik dan cuaca yang tidak terlalu panas. 

Antara gengsta watakala yang setia diketuai oleh Abey Zoul


Port yang paling selesa dan tidak diganggu, Balai Polis Bukit Tinggi >_<


Hasil yang tidak seberapa, tak puas hati balik rumah terus buat second artwork


Nilah hasil yang ke 2





Wednesday, 12 March 2014

Pameran Terbuka 2014, Galeri Shah Alam


Jom sertai Pameran Terbuka 2014, Galeri Shah Alam. Terma dan syarat serta borang boleh download pada link di bawah:




Perhatian :-

Sila download borang Pameran Terbuka 2014 di sini :-

http://www35.zippyshare.com/v/71969977/file.html

Pameran Terbuka 2014, Balai Seni Visual Negara

Pameran Terbuka 2014, Balai Seni Visual Negara





Pameran Terbuka buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1971. Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada tahun 2005. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Program MCAT, LPSVN merasakan ini adalah masa yang tepat untuk mengadakan pameran Terbuka atau Open Show. Kini, Balai Seni Visual Negara sekali lagi mempersembahkan Pameran Terbuka 2014 (OpenShow 2014) kepada penggiat seni visual di Malaysia.

Pameran Terbuka ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis dari seluruh Malaysia untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang. Pameran ini juga bertujuan untuk melihat perkembangan seni visual yang berlaku dalam negara.

Justeru itu, Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjemput anda untuk menyertai Pameran Terbuka 2014 (open Show 2014) bermula 10/3/2014 sehingga 25/4/2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Open Show 2014 di talian 603 40267000, ext 186 / 135, Fax : 603 40254987 atau layariwww.artgallery.gov.my untuk maklumat lanjut.


Rujukan: Portal BSVN

Watercolor: Rezeki pagi nelayan kecil...

Watercolor: Rezeki pagi nelayan kecil...


Refleksi pada permukaan air ada fokus yang paling utama dalam lukisan ini

Rezeki pagi nelayan kecil
Saiz A3


1. Siapkan bahagian Refleksi dulu. 


2. Sesuaikan warna Refleksi dengan apa yang ada di atas bot. Untuk pengetahuan anda, untuk menghasilkan kesan refleksi yang lebih realistik, beberapa lapisan diperlukan iaitu pertama lapisan lembut (disapukan pada semua bahagian sungai tersebut), kedua warna air (tidak termasuk yang terkena cahaya matahari), ketiga objek yang dipantulkan di atas air, keempat warna air yang lebih gelap (green, cobalt blue dan burnt sienna) dan kelima gelapkan objek yang berkaitan.


3. Lengkapkan beberapa bahagian utama mengikut kesesuaian. Jangan lupa kawalan warna bergantung pada berus yang digunakan. So jangan malas menukar berus!!!


4. Untuk siapkan background (daratan), basahkan kertas dengan warna lembut seperti burnt sienna dan biarkan kering. Masukkan warna yang lebih gelap seperti campuran burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan kesan yang menarik. Pastikan apabila berus ditarik dan terdapat beberapa bahagian tidak terkena warna, biarkan sahaja bahagian tersebut kerana boleh dijadikan tanah tidak rata atau batu batan. Bahagian ditinggalkan itu ditambahkan dengan nisbah campuran yang sesuai burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan bayang.
Siap

Monday, 10 March 2014

Jenama cat air (watercolor) yang saya gunakan



WC Box

Setelah 2 tahun bersama cat air banyak perubahan berlaku secara tidak sengaja sehinggalah betul-betul serius sehingga sekarang. Alhamdulillah yang terjual dapat jugalah guna untuk isi minyak kereta >_< ... 

Cat air ni saya bermula dengan jenama Buncho (2012 budak baru belajar), sebelum bertukar kepada Reeves dan Alpha, awal 2013 dengan Cotman (Winsor&Newton), Awal 2014 dengan Holbein dan seterusnya cuba-cuba dengan Schmincke Horadam dan Sennelier. Perubahan dilakukan demi kualiti dan kelangsungan karya... Tidak dinafikan ada istimewanya setiap jenama ini sama ada dari segi keboleholahan sewaktu berkarya, kawalan oleh berus, ketahanan, campuran yang mudah dan tidak dinafikan pigment warna sangat-sangat penting kerana setiap jenama ada kelebihan warnanya sendiri.

Saya banyak membuat rujukan melalui internet, mengadap youtube melihat bagaimana pelukis terkenal watercolor seperti Joseph Zbukvic, Alvaro Castagnet, Mika Toronen, Prafull Savant, Derek Knignok, Herman Pekel dan ramai lagi melakukan campuran warna yang terbaik sebelum disapukan pada kertas lukisan. Setiap warna yang digunakan akan dirujuk pada pembekal sama ada secara online atau terus ke kedai berdekatan. 

Cotman, Winsor&Newton, England


Karya-karya terbaik saya bermula dengan jenama Cotman dari Winsor & Newton yang dibeli melalui ebay, bukan hendak menidakkan kehebatan Reeves & Alpha (banyak jasa ni, hehehe). Tetapi Cotman lebih membuka peluang saya untuk terus berkarya, pecahan warnanya yang menarik dan sekata serta mudah untuk mengawal warna yang digunakan. Cotman sesuai digunakan untuk teknik Dry Brush mahupun Wet Brush. Jangan tidak tahu kerana bagi saya kualitinya dengan Alpha sedikit sama. Dan kerana itulah saya ingin mencuba yang baharu. Tidak terus bertukar jenama tetapi membeli jenama baharu untuk explore lebih peluang dan keselesaan. Saya menambah koleksi dengan membeli jenama Holbein (HWC)

Holbein Watercolor (HWC), Japan

Kekuatan HWC bagi saya adalah biasa-biasa sahaja kerana terhad pada hanya beberapa kertas lukisan sahaja. Tetapi bagi lakaran atau memerlukan teknik yang cepat, HWC ada jawapannya... nak cerita lebih pun susah juga, so cubalah dulu, hehehe...

Seterusnya dalam beberapa bulan ini saya telah menggunakan 2 jenama sekaligus iaitu Schmincke Horadam dan Sennelier. Setakat beberapa warna yang saya gunakan memang menarik antaranya Cobalt Blue, Ochre dan Burnt Sienna. Yang lain belum lagi sebab masa siapkan lukisan, saya gunakan semua jenama asalkan sesuai.

Schmincke Horadam, Germany


Sennelier, French

Bagi saya, kita janganlah terlalu rigid atau cenderung kepada satu jenama sahaja kerana tidak semua warna yang digunakan adalah terbaik untuk karya kita. contohnya saya gunakan juga Sap Green dari jenama Van Gogh kerana warnanya sangat menarik, pigment hijaunya berkilat dan senang diolah semasa berkarya. Sesuai digunakan semasa berplein air. Bagi warna merah, jenama Aquafine Daler Rowney sangat sesuai dengan saya kerana mampu menimbulkan mood segar dalam setiap karya saya.

Sumber bekalan cat air saya:

Alpha & Reeves
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Advanco Taman Melawati.

Winsor & Newton
online ebay, Advanco Taman Melawati, Art Shop (berdekatan Tesco) Kota Bharu.

Holbein
online Dickblick.com

Schmincke
Warna&Air Gallery WASG

Sennelier
online Jacksonart.com

Van Gogh
Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati

Aquafine Daler Rowney
Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati, Advanco Taman Melawati




Sunday, 9 March 2014

Sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor


Selesai sudah sesi plein air di Bagan Pasir, Kuala Selangor pada 8 Mac 2014. Subjek yang dipilih semestinya pengkalan kecik bot nelayan di Bagan Pasir. Plein air kali ini merupakan latihan sebagai bekalan untuk ke Sungai Lembing pada 22 Mac nanti.

Gengsta Watakala yang terdiri daripada Nabil, Abah, Aku, Abey Zoul dan Emran









Setelah penat berplein air, tak sah kalau ke Kuala Selangor sekiranya tidak mencuba Mee Udangnya. Memang sedap berbanding tempat lain tetapi agak kurang pedas... 




 Tengah makan pun sempat lagi sketch dalam coptic book Abah.