There was an error in this gadget

Wednesday, 26 February 2014

Ambil pandangan sifu cat air, Tuan Faizal Zainal...

Ambil pandangan sifu cat air, Tuan Faizal Zainal...


Dah lama sangat hasrat nak jumpa sifu Faizal Zainal terpendam kerana kekangan masa. Dan hari ni sempat berbual-bual dengannya di Restoran Melaka Kitchen, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Banyak ilmu dan pandangan Tuan Faizal boleh diambil sebagai bekalan dimasa akan datang.

Tuan Faizal bersama salah satu lukisan saya. 

Kata Tuan Faizal, lukisan2 saya persis Dean Mitchell (watercolorist terkenal USA), berkerut muka sebab langsung tak pernah dengar nama tu. Balik rumah terus google dan memang ada persamaan, tapi yang penting saya tak tiru BELIAU kerana selama 2 tahun dengan WC saya memang tak pernah kenal DEAN MITCHELL, hehehe...





Tuesday, 25 February 2014

Sudah bertukar milik...

Sudah bertukar milik...


Sejujurnya saya belum kenal lebih dekat siapa pembeli lukisan ini, tetapi yang penting telah selamat berada dipangkuan pemilik baharunya. Terima kasih rakan-rakan WASG yang membantu memudahkan urusan. 

Bagi rakan-rakan yang berminat dengan karya catan air (watercolor)bolehlah terus ke alamat ini 33-2-1 Jalan Semarak Api 2, Diamond Square, Setapak, 53000 Kuala Lumpur atau lawat blog WASG di http://warnaairgallery.blogspot.com. 



Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan karya hebat pelopor dan pelapis catan air di Malaysia seperti Akbar Long, Jamal Tommy, Abey Zoul, Hisham Salmin dan ramai lagi.  



Nelayan Kuala Besut
A3




Monday, 24 February 2014

ke Galeri Warna dan Air...


Nama yang cukup sinonim untuk menggambarkan kumpulan pengkarya catan air dan mungkin satu-satunya galeri berkumpulan WC yang ada di KL atau mungkin di negara kita. Usaha murni ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami dan saya sendiri sebagai generasi pelapis dalam memastikan lukisan cat air terus dimartabatkan di Bumi Malaysia, chewahhh macam yb...

Berjumpa dengan nama yang cukup besar dan dikagumi, tiada langsung rasa kekok dengan nama2 seperti Hisham Salmin, Abey Zoul, Jamal Tommy, Zaki Hadri kerana layanan yang mereka berikan walaupun cuma beberapa kali sahaja bertemu muka. Sahabat2 yang lain yang cukup terbuka Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar sememangnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya, terima kasih semua, anda memang terbaik!!!...

Minum2 selepas beberapa jam di galeri


Saya yakin bagi Abey Zoul dan founders, galeri ini tertubuh atas semangat setiakawan dikalangan mereka dan terima kasih kerana menerima karya orang baru seperti saya.


6 karya saya dipamerkan untuk jualan di sini





 Antara karya yang dipamerkan


 2 sudah di dinding


 Bersahaja


 Kata Abey Zoul, nilah future art promoter untuk Galeri Warna dan Air, A. Zaki Hadri




Wednesday, 19 February 2014

Jom pegi Pameran Art Sale di BSVN


Jom datang beramai-ramai ke pameran jualan seni sempena Visit Malaysia Year (VMY) 2014 yang berlangsung di Balai Seni Visual Negara (BSVN), Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.

Inilah lukisan saya yang menyertai pameran jualan seni ini (satu penyertaan sahaja dibenarkan)





 Perasmian oleh Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan




Tuesday, 18 February 2014

Watercolor: Basikal Tua III


Alhamdulillah tercapai juga impian untuk menghasilkan lukisan berbentuk realiti abstrak ni. Sebelum ni dengan Basikal Tua II bersaiz besar (A1) mungkin rakan-rakan terpaksa berfikir 2 kali untuk menjadikannya koleksi atas faktor harga, tapi yang terbaharu ni saya buatkan yang mini sikit tapi basikal dan backgroundnya pun berlainan sama sekali...


Basikal Tua III
Saiz A3










Tuesday, 11 February 2014

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi WC

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi WC 

Semuanya kerana Taib Aur (pelukis terkenal yang memperkenalkan coptic stitch binding sketchbook ni)...hehe, betul juga kata Taib Aur, bila dah buat sendiri buku ni kita akan hargai lebih dari yang lain...so di bawah ni saya buatkan sendiri tanpa bantuan tutorial sebab google punya google tak jumpa, rupanya keywordnya adalah coptic stitch binding itu pun dapat tahu dari brader Taib Aur kita...

Terima kasih sifu yang telah mewujudkan idea ini...


 Coptic Stitch Binding Sketchbook 


Reference saya adalah koleksi buku lama yang saya simpan

Untuk dapatkan saiz terbaik, saya belikan Bockingford WC paper bersaiz A2 yang akan dipotong 8 bahagian menggunakan pisau.

Lepas potong kepada 8 bahagian, gunakan paper cutter untuk membuat kemasan penjuru

Susun mengikut pilihan sendiri, saya buat susunan 3 helai 1 bahagian

Untuk cover, saya menggunakan mounting board yang dah tak digunakan lagi, balutkan ia menggunakan pembalut yang sesuai mengikut kreativiti sendiri.

 Gunakan benang dan saiz jarum yang sesuai.

Maaf, untuk teknik ikatan ni saya tak sempat nak tunjukkan maklumlah tangan ada 2 je,hehe. Tapi boleh refer link di bawah ni



 Ok dah siap



Wednesday, 5 February 2014

Target tahun ni...


Moga tahun 2014 menjadi permulaan yang pantas dalam menyertai sebanyak mungkin pameran dan pertandingan lukisan. Walaupun Solo Exhibition memang masih jauh lagi, tapi pameran-pameran yang dianjurkan ni sedikit sebanyak membantu ke arah itu...

Terima kasih rakan-rakan dan keluarga yang bagi sokongan


 Tengah discuss dengan Encik Haniff keperluan lain


Isi borang dulu sebelum tinggalkan lukisan







pic credit to https://www.facebook.com/mfaizal.mdnasir?fref=ts