There was an error in this gadget

Monday, 27 January 2014

Salah satu lukisan yang saya suka...


Kata Joseph Zbukvic one of the most popular watercolor painter in the world, menjadi watercolorist yang hebat perlu ada tahap keyakinan yang tinggi semasa berkarya. Kita perlu menguasai berus dan warna, baru la kita dapat berkarya dengan tenang, senang dan hasil yang menakjubkan (part ni saya tambah sendiri, hehehe)

Lukisan flora nampak mudah tetapi bagi yang pernah mencuba pasti tahu kesukaran yang bakal dihadapi. Subjek ini perlu bermain dengan campuran warna yang betul2 sesuai, jika tidak hasilnya menjadi tidak menarik...

Hutan Simpan Dara
Saiz A3

Sunday, 26 January 2014

The best from Alvaro Castagnet

The best from Alvaro Castagnet


A fresh video by Graeme Stevenson shows how Alvaro tell us about his technique in watercolor. His stroke is one of my favourite i nWC painting...


Watercolor: Aktiviti harian nelayan Kuala Besut


Pekan Kuala Besut sememangnya terkenal dikalangan pelancong samaada dalam mahupun luar negara. Jeti Kuala Besut sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau berdekatan antaranya yang terkenal adalah Pulau Perhentian. Namun ada sesuatu yang tidak harus dipinggirkan sekiranya anda melewati jeti untuk ke Pulau Perhentian, anda akan menikmati pemandangan bot-bot nelayan yang keluar masuk memunggahkan hasil tangkapan mereka. Jika tiada aktiviti turun ke laut, mereka akan melakukan persiapan seperti membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada bot, pukat serta membuat penyelenggaraan ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka. 

Gambar yang saya lukis ini adalah salah satu aktiviti petang para nelayan Kuala Besut yang melakukan penyelenggaraan ke atas bot mereka.

*Dan yang paling menarik kerana lukisan ni menggunakan signature terbaharu pertama saya ^_^



Aktiviti nelayan Kuala Besut
Saiz A3










Yang baharu mengantikan yang lama...

Yang baharu mengantikan yang lama...


Bagi tujuan commercialization maka terpaksalah menukarkan signature kepada yang baharu seperti di bawah. Mungkin ada diantara rakan-rakan tak tau apa maksud signature lama tu. Sebenarnya itu dalam bentuk tulisan jawi yang telah dimodifikasikan sejak sedekad yang lepas. Memang sayang nak tukar kepada yang baharu tetapi untuk kelangsungan karya seni saya, maka saya telah membuat keputusan drastik untuk menukarkannya. Jom kita tengok lukisan pertama dengan signature terbaharu pertama dalam next entry... ^_^


Terbaharu

Lama (Jun 2012- Jan 2014)

Friday, 24 January 2014

Watercolor: Basikal Tua II

Watercolor: Basikal Tua II


Basikal Tua II, sebab yang pertama dah ada dilukis pada tahun 2012, masa tu tengah belajar lagi...

Basikal Tua II
Saiz A1














Sunday, 19 January 2014

Watercolor: Bangunan PPCG, Gambang...

Watercolor: Bangunan PPCG, Gambang...


Serius dekat pekan kecil gambang ada satu deret bangunan memang sangat menarik dan old school memang terbaik, salah satu bangunan di situ dimiliki oleh Persatuan Perniagaan China Gambang (tak pasti sewa atau dah beli) memang menjadi tarikan sebab warnanya yang agak menyerlah dan still mengekalkan ciri-ciri rekabentuk lama.

Bangunan PPCG, Gambang
Saiz A3












Tuesday, 14 January 2014

Sunday, 12 January 2014

Watercolor: Deretan kedai lama Pekan Gambang...


Lakaran yang terbaik pernah saya buat mengabungkan konsep architectural drawing dengan watercolor, hasilnya lukisan menjadi agak kemas dan realistik.


Deretan Kedai lama Pekan Gambang
Saiz A3




















Wednesday, 8 January 2014

Watercolor: Si cilik...


Test Bockingford baru...

 Si cilik
Saiz A1















Sunday, 5 January 2014

Watercolor: Bekwoh@Kenduri II


Dah lama rasanya tak ber'watercolor' dengan kertas lukisan bersaiz besar ni, biasa la saiz besar ni makan banyak masa sikit. Nak dijadikan cerita, cuti sekolah yang lepas attend majlis kawin adik ipar dan ter'snap' la beberapa keping gambar yang menarik. Terfikir la untuk dilukis...


Bekwoh II
Saiz A1










Ni gambar Pok Long dan sepupu sedang mengadun ramuan untuk menyediakan gulai kawah versi oghang Teganu...


Siap




Thursday, 2 January 2014

Sisi berbeza orang seni...


Rasa terpanggil untuk memberi ulasan berkaitan perbezaan antara orang seni (minat seni) dan orang biasa. Apakah perbezaan yang paling ketara???... sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni ni banyak juga karenah rakan-rakan dan orang luar yang memberi komen tentang hasil seni pelukis dalam dan luar negara, termasuk hasil lukisan saya sendiri. Ada yang positif dan ada yang negatif. 

Pernah tak dengar orang komen "kenapa dia lukis macam ni???tak real la macam lukisan budak2 je", "tak cantik lah, aku lukis lagi cantik", "buruknya lukisan dia,macam ni pun boleh jadi pelukis ke?", macam-macam lagi kalau nak tulis sampai esok pun tak habis lagi...

Anda rasa berapa harga lukisan di bawah ni???

Onement VI oleh Barnett Newman
USD$22.4 juta

Jadi jangan la cuba menilai hasil karya seseorang kerana kita belum tahu sejauh mana kemampuan karya mereka boleh pergi. Mungkin 50 tahun atau 100 tahun lagi nilainya boleh mencecah angka yang tak pernah kita fikirkan, bukan harga yang dicari tapi nilai dan kekuatan karya yang akan diingati, 2 perkara ini lah yang membuatkan kita disanjung sebagai orang seni yang berwibawa... 


Untuk sahabat-sahabat pelukis, perlu ingat satu perkara, simpanlah dan hargai hasil karya anda walaupun yang dihasilkan itu hanya contengan hodoh yang tiada apa-apa makna kerana itu adalah kekuatan anda...

Buat rakan-rakan yang meminati seni, cuba faham konsep lukisan pelukis seperti kami, luangkan sedikit masa mencari maklumat berkaitan seni sebelum membeli hasil lukisan kami...kami tidak mahu anda tertipu dengan definisi kami...kerana mungkin definisi atau pandangan anda mungkin ketara bezanya. 


*#cuma pendapat saya sahaja

Wednesday, 1 January 2014

Watercolor: Stesen Bas Kuala Terengganu 60an...


Gambar Stesen Bas Kuala Terengganu di upload dari internet. Gambar ni penuh nostalgia sebab saya sendiri sempat merasai suasana menunggu bas di stesen ni. Tambang beca masa tu (awal 90an) pun dah agak mahal, sekarang tak tau la berapa dorang charge...

Stesen Bas Kuala Terengganu 60an
Saiz A4


Share papan dengan lukisan yang dah berkurun tak siap-siap












Last touch up