There was an error in this gadget

Thursday, 31 October 2013

My wall My studio


Semua yang bersaiz cute telah digantung disatu sudut untuk tatapan sedara dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah a.k.a studio saya...


 Semuanya bersaiz A5









Wednesday, 30 October 2013

Hitam putih pun boleh...



Bagi yang tak nak guna cara digital untuk memastikan gambar lama diupgrade, boleh buat tempahan untuk dilukis...


 Saiz A3


Antara lukisan paling hidup aku penah tengok...REAL!!!

Percaya atau Tidak????




















Tuesday, 29 October 2013

Watercolor: Cerita lama versi sambut Menantu...



 (Saiz 45.8cm x 61.0cm)


Kadang-kadang sekeping gambar mampu menceritakan segalanya, dan lukisan juga mampu mendekatkan hati kita dengan orang disekeliling kita...













Monday, 28 October 2013

Waterfall...


Ramai juga yang jadikan air terjun@lata sebagai subjek utama lukisan mereka. Terasa juga nak cuba dan malam tadi berjaya hasilkannya, hmm susah juga...



Saiz 40cm x 25cm












 Dah siap


 Siap dibingkaikan

Website dan tempat untuk membeli peralatan lukisan


Agak susah nak mencari peralatan lukisan terutamanya watercolor kalau tak di Lembah Klang, tapi bila dah jumpa tempatnya, jenama yang diinginkan pulak takde...so saya mengambil keputusan untuk membeli secara online. Untuk pembelian online yang lebih ekonomik, anda disarankan membeli secara pukal baru lah kurang terasa bebanan kos penghantaran.



Kawan2 mesti nak tau mana saya beli peralatan dan kertas lukisan ni. ok saya share link untuk rujukan tapi harga takde la murah sangat.

1. http://www.jacksonsart.com/  - Setakat ni saya lebih suka membeli melalui Jacksons Art, bukan sebab harganya yang murah tapi sebab dia terus calculate shipping cost. So kita dapat terus harganya tak perlu tunggu lama.

2. http://www.dickblick.com/ - First time beli online dengan Dickblick, tapi disebabkan masa penghantara terlalu lama saya terus bertukar ke Jacksons Art. Tapi saya masih customer Dickblick sebab setengah barangnya lebih murah dari Jacksons Art.

3. http://www.artsupplies.co.uk/ - Yang ni baru sekali saya beli, harga ok2 jela sebab tak beli borong.

4. Advanco, Taman Melawati (boleh google sendiri) - Masa first saya serius dengan lukisan Jun 2012, ni la tempat saya tuju. Barang watercolor agak kurang, kalau nak cari yang branded cuma ada Daler Rowney, Rembrandt, Schminke je tak banyak. Peminat brand Syamal bolehla datang ke sini.

5. The Art Shop, Taman Melawati (boleh google sendiri) - Tak banyak juga barang watercolor, tapi harga tools lukisan agak ok berbanding Advanco.

Sunday, 27 October 2013

Sunyi, stok kertas dah habis...


Haissh...bila lupa nak planning macam ni la jadinya. Perlu planning betul2 semak stok kertas yang ada supaya kerja tak tertangguh. Terpaksa la tunggu barang yang di beli sampai atau recycle kertas yang dah digunakan




Monday, 7 October 2013


Saya suka buat apa yang saya nak buat...


Saya akan buat semua benda yang saya nak buat termasuklah hasil karya saya sendiri. Walaupun kerjaya kini sangat berlainan dengan minat saya, ianya tidak akan membataskan pergerakan saya untuk melebarkan minat saya ini. Rujukan saya adalah semua benda di sekeliling saya termasuklah youtube, pemerhatian, rakan-rakan, internet dll. 


Lakaran dalam lakaran
Saiz A5


Thursday, 3 October 2013

Watercolor: Keberangkatan Pulang (Saiz A1)



Sejak kebelakangan ni banyak pulak karya terbaru yang berkaitan institusi beraja, tetiba pulak excited nak buat karya2 yang berkaitan...

Gambar ni diambil semasa hari konvokesyen adik ipar di Melaka, nampak menarik dan tanpa berfikir panjang terus bentangkan kertas lukisan dan terus melakar...


Keberangkatan Pulang
Saiz A1


Dilampirkan sedikit gambar yang sempat dirakam