There was an error in this gadget

Sunday, 16 June 2013


Belajar buat lakaran: Kampung Cina, Kuala Terengganu

Sambil-sambil rehat dan menanti berita, terasa nak study benda baru yang berkaitan dengan watercolor. Kaedah lakaran memang cepat dan menjimatkan masa, so terfikir nak hasilkan lakaran yang menarik dan tidak terlalu over...pilih gambar dan terus melukis...



watercolor: Kampung Cina, Kuala Terengganu 
Saiz A4




























Wednesday, 12 June 2013

Conteng-conteng watercolor: Beca Usang


Hasil terbaru sebelum tidur, sempat lagi conteng-conteng....



 Watercolor: Beca Usang
Saiz: 29cm x 13.5cm








Monday, 10 June 2013

Sebagai Cenderamata...

Terfikir untuk buat cenderamata bila ada customer yang minta buat lukisan dalam saiz yang kecil-kecil dan dibingkaikan. Unik dan beridentiti...


 Saiz sebenar





 Kadbod pun potong sendiri, jimat...


Frame ni beli secara pukal, lepas tu pasangkan dan tape kan sendiri. Untuk branding letaklah sticker untuk promosi

Wednesday, 5 June 2013

Hari ini genap SETAHUN bersama...


Alhamdulillah genap setahun melukis lukisan cat air (watercolour). Bermula dengan membantu isteri siapkan assignment, melangkah perlahan-lahan mempelajari teknik lukisan air dengan lebih serius...dan hari ini alhamdulillah setahun sudah diberi peluang oleh Nya untuk terus berada dalam bidang ini.

Kita perlu tahu bahawa takut dan tiada keyakinan diri untuk mencuba sesuatu akan membuatkan kita rugi selamanya. Dia telah membuka ruang dalam kehidupan hambaNya, sesiapa sahaja yang Dia mahu...dan melalui beberapa asbab, maka kita mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah kita impikan. Kelebihan yang diberikanNya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa melanggar batas dan hukum, istiqamah dan terus belajar mampu membuahkan kejayaan sehingga hari ini, insyaallah dengan izinNya hingga ke masa-masa akan datang.

Sebenarnya saya tiada langsung latar belakang pendidikan seni yang formal sejak kecil, tetapi keinginan untuk melukis telah terbit semenjak tadika lagi. Pernah menyertai pertandingan-pertandingan kecil sehingga la ke peringkat daerah. Selepas ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti, bakat yang diberikan tidak langsung dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggalah ditahun akhir pengajian, saya cuba berjinak-jinak dengan menerima tempahan mural di sekolah-sekolah di Terengganu. 

Untuk lebih serius dengan watercolour ni, saya telah merujuk beberapa sumber yang besar dan efektif seperti youtube dan blog-blog watercolour bagi teknik-teknik campuran warna yang sesuai serta kesan yang lebih realistik. Selain itu, ramai juga rakan-rakan facebook yang membantu dari segi perkongsian hasil karya mereka di wall masing-masing. Sikap peramah berkongsi idea membuatkan saya lebih senang untuk terus berada dalam bidang ini. Juga tidak dilupakan bagi yang berkongsi dan membenarkan gambar yang diambil mereka dilukis dan dipotretkan oleh saya, moga lebih banyak lagi gambar yang menarik selepas ini.

Gambar di bawah dikongsi sepanjang saya melukis cat air selama setahun ini (tidak termasuk gambar-gambar yang tidak dibenarkan pelanggan)...


Sunday, 2 June 2013

Watercolor: Rezeki Anugerah Alam 


Contoh salah satu lukisan yang disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa, harap-harap mampu menjadi tarikan juri nanti...

Terima kasih kepada Encik Noor Anzam, www.facebook.com/mohdnooranzam.deraman?fref=ts  atas gambar yang menarik dan penuh pengertian. 

Watercolor: Rezeki Anugerah Alam
Saiz: 60cm x 85cm