There was an error in this gadget

Thursday, 30 May 2013

Watercolor: Pasir Puteh, Kelantan A5


Kebetulan round pekan Pasir Puteh masa hantar famili ke rumah nenek...sempat lagi snap gambar untuk dilukis, kepada rakan2 yang nak cari tempat2 menarik untuk menghasilkan karya bangunan lama yang cantik2, di sini la tempatnya...Walaupun bangunan lama dikekalkan, bangunan baru tetap bercambah mengikut perancangan, tidak terlalu ekstrem...

Sketch

Yang selalu berurusan di pasir puteh mesti perasan bangunan rumah kedai warna merah menyala ni, nostalgia masa kecik2 dulu...naik bas pegi Pasir Puteh pastu round2 kedai beli barang...


Watercolor: Pekan Pasir Puteh
Saiz A4







 Conteng-conteng watercolor using recycle WC paper


Memang agak ekonomi sikit la bila guna cara ni, bila ada WC paper yang dah rosak boleh potong kecik-kecik macam saiz kat bawah ni 19.7cmx14.0cm, boleh la digunakan tuk conteng-conteng, kalo ada rezeki bleh buat postcard@kalendar....


Watercolor: Bangi Lama
Saiz: 19.7cmx14.0cm

Watercolor: Genting Highland
Saiz: 19.7cmx14.0cm







Tuesday, 28 May 2013

Arca yang menarik dari Jie Shen...



 Sangat teliti...


Monday, 27 May 2013

Conteng-conteng watercolor: Kilang Golden Jomalina 2007


Gambar ni memang dah ada dalam album sejak tahun 2007, terasa nak conteng-conteng WC gambar ni tapi bila buat dengan penuh beremosi, inilah hasilnya...hehehe. Maknanya saya telah mencuba satu teknik yang baru.


Watercolor: Kilang Golden Jomalina 2007
Saiz A3









Sunday, 26 May 2013

Conteng-conteng watercolor: Persimpangan di Bandar Kuala Terengganu


Kadang-kadang masa rehat melukis pun digunakan untuk melukis, tapi melukis yang lebih santai dan mendapat hasil yang cepat mampu meningkatkan semangat melukis dalam diri kita. Tak caya? cuba la sendiri...


 Watercolor: Persimpangan di Bandar Kuala Terengganu
Saiz A3






Wednesday, 22 May 2013

Conteng-conteng watercolor: Pekan Jerteh, Besut


Lukisan ni nampak sangat kejam dengan warna yang digunakan, tapi percayalah 'don't judge the book by it cover...' chewah. Sebenarnya tak ada makna mendalam pun, warna kemerahan ni digunakan pun sebab nak habiskan warna merah yang terlebih bancuh, hehe terlebih jujur...

Gambar ni diambil di Pekan Jerteh dengan berlatarbelakangkan masjid yang baru siap dibina beberapa tahun lepas...


 Watercolor: Pekan Jerteh, Besut
Saiz A3






Monday, 20 May 2013

Conteng-conteng watercolor: Gerbang Universiti Kebangsaan Malaysia



Alkisah terjadinya lukisan bersaiz sebesar ini kerana mengamalkan kaedah penjimatan tahap gaban, hehehe. Hasil kerja sambil-sambil rehat hari ini...Lukisan pandangan hadapan pintu utama UKM Bangi ni memang dah lama dipendam untuk di'WC'kan, maka pagi ini impian itu telah terlaksana...



 Watercolor: Gerbang Universiti Kebangsaan Malaysia
Saiz: 28cm x 9cm








Sunday, 19 May 2013

 Conteng-conteng watercolor: Masjid Kg.Baharu, Kuala Besut


Tak susah kalo niat nak menconteng kata setengah orang. Tapi menconteng pun kene belajar adabnya supaya karya yang dihasilkan mampu menjadi tarikan kepada orang yang melihat, juga mampu memberi mesej yang berguna. Rasanya hampir 2 minggu tak post kan entry terbaru hasil karya saya, maklumlah tengah berguru dengan sifu 'youtube' tentang teknik baru ni. moga hasil kali ini  menjadi inspirasi kawan-kawan...

Watercolor: Masjid Kg. Baharu, Kuala Besut
Saiz: A3






Tuesday, 14 May 2013