There was an error in this gadget

Monday, 30 December 2013

Selamat Datang 2014!!!


Syukur alhamdulillah dah nak masuk tahun ketiga sebagai pelukis watercolor ni, banyak suka duka, susah senang untuk berada bersama-sama dengan pelukis lain. Terima kasih kepada isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan walaupun dari jauh, ibu ayah dan keluarga, sahabat-sahabat terdekat dan rakan-rakan fb yang banyak memberi tunjuk ajar. 

2013 tahun yang sangat mencabar dan juga tahun saya mengejar target untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 50 buah lukisan (watercolor), alhamdulillah dah tercapai dan melebihi angka 60 dan 2014, target saya untuk menyertai sebanyak mungkin pameran dan pertandingan lukisan.

Setakat ni lukisan-lukisan saya tersimpan di galeri sendiri di rumah Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Jadi sesiapa yang ada kelapangan bolehlah datang ke galeri saya sama ada nak tengok, nak beli atau nak buat tempahan baharu.


watercolor 2013


























Watercolor: KL Metro...


Kebosanan yang amat parah bila stok kertas lukisan habis, terpaksalah cari-cari mana yang masih boleh digunakan. Akhirnya jumpa juga walaupun saiz kecik...hehe. Apa lagi, conteng-contengla...


KL metro
Saiz A4



Thursday, 5 December 2013

Watercolor: Kedai Menanti...


Saje testing paper baru beli...


Kedai Menanti...
Saiz A3